Monday, June 28, 2010
Sedih sungguh bila memikirkan keadaan sekeliling Qaseh... Kenapa lah manusia masih alpa sedangkan mereka tahu apa yang mereka amalkan itu adalah suatu perbuatan yang tidak mendatangkan kebaikan malah memudaratkan. Qaseh sesak bila berada disekeliling manusia-manusia sebegini. Qaseh bukanlah manusia yang sempurna dan baik akhlaknya, tapi tidak bolehkan kamu-kamu semua itu belajar dari segala kesilapan yang pernah Qaseh lakukan dahulu???
Qaseh sayangkan kamu-kamu semua... Qaseh tidak mahu kamu-kamu kecewa dan gagal kerana mengikutkan tuntutan nafsu. Qaseh sedih melihat perubahan demi perubahan yang kamu-kamu lakukan. segala perubahan yang berlaku bukanlah menjurus kearah kebaikan, namun segalanya menghancurkan masa depan kamu-kamu semua. Tidak nampakkah??? Kamu menghancurkan hidup kamu sendiri..
Apa jua yang Qaseh lakukan, Qaseh berniat hanya untuk memberi kesedaran kepada kalian semua. Agar kalian tidak lagi melakukan segala perkara yang DIKUTUK ALLAH S.W.T.... Qaseh tidak mahu kalian terseksa, Qaseh penat bersubahat dengan segala perilaku kalian..
BERTAUBATLAH..... SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KAMU SEMUA.....
Wednesday, May 26, 2010
the stars fill up the sky, shining brightly too many to count,
the stars reassure tired me
they wipe away the many tears that are deep inside me
and comfort me,
telling me to go to sleep
though my tears blur my vision
I’ll still smile in front of my love that I’m not able to get
like those countless number of stars, forever
it is very bright, even blinding..it comes down to my shoulder
stop being so sad..it holds my hand as it touches me
and gives me a warm hug
I’ll still smile in front of my love that I’m not able to get
like those countless number of stars, forever
I want to laugh like those stars
Oh~ I want to cherish all my happy moments deep inside my heart
Like those countless number of stars, forever
Qaseh sangat-sangat rindukan belaian dari Cinta... Kadangkala Cinta hanya menganggap Qaseh seperti sahabat yang ada disisi dan dilayan seperti seorang sahabat sahaja... Qaseh mahukan kasih dan perhatian dari Cinta.. Qaseh rindukan kucupan hangat dari Cinta... Pelukan kemas yang mampu membuat Qaseh selamat... qaseh ingin merasai Perasaan itu lagi...
Tuesday, May 18, 2010
Perlu ke kalau tiap kali kita nak luahkan kasih sayang, pasangan mesti berada dalam keadaan ada "MOOD"???
Wednesday, May 12, 2010
Monday, May 3, 2010
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku
reff:
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja
Pening la.. Hari ini Emosi Qaseh tidak menentu... Asyik nak Marah jer...
Qaseh tak suka begini... Kenapa ek??? Tetiba jer muka rasa panas semacam...
Ibaratnya nak meletuskan kemarahan.. Hadoiyai....
Saturday, May 1, 2010
Lawak sungguh la bila Qaseh fikir-fikirkan... Si Hidung tinggi konon2 mahu rujuk semula kepada Si Pak turut... Entah apa la jadi dengan Mat Sengal tu pula nanti kan? Sekarang barulah mata Si Hidung Tinggi tu terbuka luas dan tahu "Permainan" yang dijalankan oleh Mat Sengal... kalau tak kantoi tempohari pasti Si Hidung tinggi masih menyebelahi Mat Sengal sehinga kini.. sebenarnya kalau nak diikutkan lah... Qaseh malas nak ambil tahu tapi memandangkan sekiranya apa-apa yang terjadi kelak, Si Hidung Tinggi yang kerjanya asyik bergantung kepada orang sekeliling akan menyusahkah hidup Qaseh dan kesayangan Qaseh...
Qaseh mulai selesa dengan boss.. setakat ini... Qaseh dapat meniapkan segala tugasan yang diberi... Qaseh malas nak membantah kerana Qaseh mahu menjaga periuk nasi Qaseh... Apa-apa pun Boss tetap Boss... Hormatilah Boss Anda Walau Dia Sekejam Hitler sekalipun...
Qaseh bingung bila memikirkan krisis kewangan yang melanda... Sehingga Qaseh teringin mahu bekerja lebih masa atau part-time di mana-mana agar dapat menambah pendapatan... Qaseh mahu membantu Cinta... Qaseh tidak mahu Cinta memikul segala bebanan sendirian...Semoga ALLAH Memberkati Kami dan seluruh Umat Manusia....
Tuesday, April 27, 2010
Wednesday, March 31, 2010
Kusut bila memikirkan segalanya.. Mengapa tiada yang mahu memahami Qaseh? Qaseh melakukannya untuk kebaikan semua pihak. Qaseh mahu semua orang berbahagia. Qaseh tidak meminta simpati, Qaseh tidak pernah Meminta-minta semua itu. Qaseh tersangkut diantara segala rancangan yang Qaseh sendiri tidak tahu. Buntu sungguh....
Monday, March 29, 2010
Monday, March 15, 2010
Macam-macam hal berlaku kebelakangan ini... kemelut keluarga, kelakar pun ada... Cik Hidung Tinggi sibuk nak mendirikan rumahtangga dengan jejaka yang baru tak sampai dua bulan dikenali... Ada hati nak kahwin sponsor... Si bakal suaminya pula nak kawen free jer.. bila di bawa berbincang untuk buat majlis terus menggelabah... Tiba-tiba rasa tak serasi la... ape la... macam-macam hal...
Friday, February 19, 2010
Alhamdulillah... Allah mendengar doa hambanya... Qaseh merasa sangat bahagia kerana dapat bersama mereka...
Wednesday, February 17, 2010
Qaseh tidak mahu berada dalam komuniti lagi... Qaseh betul2 kecewa, Kenapa tidak boleh melupakan perkara yang Lepas? Kenapa Qaseh sering ditindas? Hebatkah kalian semua unuk memberi hukuman sesuka hati kalian? Qaseh benci... Syukur kepada ALLAH S.W.T. Kerana DIA Qaseh mampu bertahan... Qaseh ingin mendampingi DIA YANG MAHA ESA... DIA yang membuat Qaseh tenang...
Qaseh akhirnya redha.. biarlah apa jua yang mereka ingin lakukan... Qaseh terima... ALLAH itu MAHA ADIL.... Qaseh yakin segala yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.
Tuesday, February 16, 2010
Qaseh sedih, kenapalah manusia tidak dapat menerima hakikat yang tiada manusia yang sempurna di dunia ini? Qaseh tidak mengerti, adakah status,pangkat, dan martabat diri lebih penting dari ikatan kekeluargaan? Kenapa tidak menerima dengan rela dan meneruskan sahaja jalan kehidupan ini. Cerita kta biarlah kita yang tahu dan rasa... Kenapa perlu takut dengan masyarakat? Tinggi manakah martabatmu? Kenapa seorang wanita tidak memahami hati seorang wanita lain? Bukankah mengikut hukum syarak, Qaseh adalah sebahagian dari Keluarga itu? Kenapa perlu Qaseh disembunyikan? sampai bila Qaseh perlu jadi pelarian? Sampai bila Qaseh perlu jadi Simpanan??? Qaseh punya perasaan... Sampai bila Qaseh yang akan terhukum??? Qaseh sendiri menanggung kedukaan dan penghinaan ini?
YA ALLAH.... BANTULAH HAMBAMU INI...... AMIN...
Monday, February 15, 2010
Terdetik dihati tika ini, sesuatu yang tidak terjangka... Bermaknakah tiap pengobanan yang dilakukan? Sedangkan tiap ketika hati dilanda gundah, sering merasa terancam, hilang segala kepercayaan. Pernah suatu ketika kepercayaan itu Qaseh beri, namun balasannya adalah kehancuran hati yang maha dasyat... Qaseh kecewa, Qaseh kesal, Qaseh hilang punca, Qaseh benci dan segala-gala perasaan yag bukan-bukan menerjah emosi hingga Qaseh tidak berdaya untuk berkata... Hanya Titisan demi titisan permata yang mengalir di pipi... Salah Qaseh kah kerana memberi kepercayaan dan cinta itu? Qaseh buntu...
Kisah Qaseh amat rumit untuk dicerita... Cukuplah kelukaan yang Qaseh terima... Hingga Qaseh sendiri tidak kenal siapa diri Qaseh sediri...
Monday, February 8, 2010
Manusia ni ada bermacam-macam karenah yang sukar hendak dijangka.. Kasihan sungguh bila melihat seorang wanita sanggup berhabis bermacam-macam untuk lelaki yang kononnya Mencintainya.. Walhal Lelaki itu sudah tidak merasakan apa-apa perasaan padanya lagi... Wanita itu tidak jemu-jemu memberi dan memberi... mencurash segalanya,wang ringgit, harta benda... Si lelaki hanya tahu berseronok malah sering meminta-minta. Jika di dalam hati sudah tiada cinta mengapa harus Berdusta? Si lelaki bimbang jika berterus terang ,pasti dia akan kehilangan sumber pendapatan MUDAH... Ah benci sungguh dengan lelaki hipokrit seperti ini... Pergi jahanaml;ah kamu.. Insyaallah suatu hari nanti kamu juga akan merasa kesakitan ITU... Sekarang kamu tersenyum gembira tetapi akan tiba masanya kamu akan jatuh juga... BERSEDIALAH....
Friday, February 5, 2010
relaks itu seronok...
Tapi lepas ini tak relaks dah...
Keje dah bertambah banyak..
Bos plak giler fussy... adoi..
Itu tak boleh, ini tak boleh, ada-ada aje..
tapi dia selalu buat magic tu tak per lak..
jenuh nak menjawab kalau ada orang bertanya..
"Bos ko mana? "
" Meeting "
kata aku.. Tapi sebenarnya dia g mana aku pun tak tau..
Pening la...
Suke hati dia la...
Thursday, February 4, 2010
Segalanya bercelaru tika ini...
Beerti kah segala kekusutan ini?
Serabut, Semak dan Serabai...
Hatiku seakan hilang...
Labels: bla bla bla..