Friday, February 19, 2010

Alhamdulillah... Allah mendengar doa hambanya... Qaseh merasa sangat bahagia kerana dapat bersama mereka...

Wednesday, February 17, 2010

Qaseh tidak mahu berada dalam komuniti lagi... Qaseh betul2 kecewa, Kenapa tidak boleh melupakan perkara yang Lepas? Kenapa Qaseh sering ditindas? Hebatkah kalian semua unuk memberi hukuman sesuka hati kalian? Qaseh benci...  Syukur kepada ALLAH S.W.T. Kerana DIA Qaseh mampu bertahan... Qaseh ingin mendampingi DIA YANG MAHA ESA... DIA yang membuat Qaseh tenang...

Qaseh akhirnya redha.. biarlah apa jua yang mereka ingin lakukan... Qaseh terima... ALLAH itu MAHA ADIL.... Qaseh yakin segala yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya.

Tuesday, February 16, 2010

                  Qaseh sedih, kenapalah manusia tidak dapat menerima hakikat yang tiada manusia yang sempurna di dunia ini? Qaseh tidak mengerti, adakah status,pangkat, dan martabat diri lebih penting dari ikatan kekeluargaan? Kenapa tidak menerima dengan rela dan meneruskan sahaja jalan kehidupan ini. Cerita kta biarlah kita yang tahu dan rasa... Kenapa perlu takut dengan masyarakat? Tinggi manakah martabatmu?  Kenapa seorang wanita tidak memahami hati seorang wanita lain? Bukankah mengikut hukum syarak, Qaseh adalah sebahagian dari Keluarga itu? Kenapa perlu Qaseh disembunyikan? sampai bila Qaseh perlu jadi pelarian? Sampai bila Qaseh perlu jadi Simpanan??? Qaseh punya perasaan...  Sampai bila Qaseh yang akan terhukum??? Qaseh sendiri menanggung kedukaan dan penghinaan ini?

YA ALLAH.... BANTULAH HAMBAMU INI...... AMIN...

Monday, February 15, 2010

                 Terdetik dihati tika ini, sesuatu yang tidak terjangka... Bermaknakah tiap pengobanan yang dilakukan?  Sedangkan tiap ketika hati dilanda gundah, sering merasa terancam, hilang segala kepercayaan. Pernah suatu ketika kepercayaan itu Qaseh beri, namun balasannya adalah kehancuran hati yang maha dasyat... Qaseh kecewa, Qaseh kesal, Qaseh hilang punca, Qaseh benci dan segala-gala perasaan yag bukan-bukan menerjah emosi hingga Qaseh tidak berdaya untuk berkata... Hanya Titisan demi titisan permata yang mengalir di pipi... Salah Qaseh kah kerana memberi kepercayaan dan cinta itu? Qaseh buntu...

Kisah Qaseh amat rumit untuk dicerita... Cukuplah kelukaan yang Qaseh terima... Hingga Qaseh sendiri tidak kenal siapa diri Qaseh sediri...  

Monday, February 8, 2010

Manusia ni ada bermacam-macam karenah yang sukar hendak dijangka.. Kasihan sungguh bila melihat seorang wanita sanggup berhabis bermacam-macam untuk lelaki yang kononnya Mencintainya.. Walhal Lelaki itu sudah tidak merasakan apa-apa perasaan padanya lagi... Wanita itu tidak jemu-jemu memberi dan memberi... mencurash segalanya,wang ringgit, harta benda... Si lelaki hanya tahu berseronok malah sering meminta-minta. Jika di dalam hati sudah tiada cinta mengapa harus Berdusta?  Si lelaki bimbang jika berterus terang ,pasti dia akan kehilangan sumber pendapatan MUDAH...  Ah benci sungguh dengan lelaki hipokrit seperti ini...  Pergi jahanaml;ah kamu.. Insyaallah suatu hari nanti  kamu juga akan merasa kesakitan ITU...  Sekarang kamu tersenyum gembira  tetapi akan tiba masanya kamu akan jatuh juga... BERSEDIALAH....

Friday, February 5, 2010

Sangat-sangat relaks,
relaks itu seronok...
Tapi lepas ini tak relaks dah...
Keje dah bertambah banyak..
Bos plak giler fussy... adoi..
Itu tak boleh, ini tak boleh, ada-ada aje..
tapi dia selalu buat magic tu tak per lak..
jenuh nak menjawab kalau ada orang bertanya..
"Bos ko mana? "
" Meeting "
kata aku.. Tapi sebenarnya dia g mana aku pun tak tau..
Pening la...
Suke hati dia la...

Thursday, February 4, 2010

Bagaimana hendak dimulakan?
Segalanya bercelaru tika ini...
Beerti kah segala kekusutan ini?
Serabut, Semak dan Serabai...
Hatiku seakan hilang...

;;

Template by:
Free Blog Templates