Monday, June 28, 2010
Sedih sungguh bila memikirkan keadaan sekeliling Qaseh... Kenapa lah manusia masih alpa sedangkan mereka tahu apa yang mereka amalkan itu adalah suatu perbuatan yang tidak mendatangkan kebaikan malah memudaratkan. Qaseh sesak bila berada disekeliling manusia-manusia sebegini. Qaseh bukanlah manusia yang sempurna dan baik akhlaknya, tapi tidak bolehkan kamu-kamu semua itu belajar dari segala kesilapan yang pernah Qaseh lakukan dahulu???
Qaseh sayangkan kamu-kamu semua... Qaseh tidak mahu kamu-kamu kecewa dan gagal kerana mengikutkan tuntutan nafsu. Qaseh sedih melihat perubahan demi perubahan yang kamu-kamu lakukan. segala perubahan yang berlaku bukanlah menjurus kearah kebaikan, namun segalanya menghancurkan masa depan kamu-kamu semua. Tidak nampakkah??? Kamu menghancurkan hidup kamu sendiri..
Apa jua yang Qaseh lakukan, Qaseh berniat hanya untuk memberi kesedaran kepada kalian semua. Agar kalian tidak lagi melakukan segala perkara yang DIKUTUK ALLAH S.W.T.... Qaseh tidak mahu kalian terseksa, Qaseh penat bersubahat dengan segala perilaku kalian..
BERTAUBATLAH..... SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KAMU SEMUA.....